Monday, February 16, 2009

APA ITU KANSER

Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor, jika tumor ini merebak ke bahagian lain ia dinamakan “tumor bernigna” (bukan kanser) tetapi jika ia merebak ke tisu-tisu dan organ-organ berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia dinamakan “tumor malignan” (kanser).

Mereka yang mempunyai Penyakit Resdung boleh berkembang menjadi kanser. Mereka yang berpenyakit Kencing Manis mempunyai 3 kali ganda risiko kanser. Buasir yang tidak dirawat akan berkembang menjadi kanser.

JENIS KANSER

Terdapat 3 jenis kanser iaitu:

1. KARSINOMA: Yang berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payudara dan saluran pernafasan.


2. SARKOMA: Berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.

3. LEUKEMIA: Jenis kanser pada tisu-tisu yang membentuk sel-sel darah.

No comments:

Post a Comment