Monday, February 16, 2009

KAEDAH RAWATAN MODERN RAWAT KANSER

Rawatan untuk pesakit kanser ialah dengan membuang sebahagian atau keseluruhan dan mengambil sebahagian kelenjar, organ yang bermasalah atau dijangkiti kanser. Dan caranya ialah dengan:
1. KIMOTERAPI: Penggunaan dadah yang kuat, disuntik kedalam badan untuk membunuh sel-sel kanser yang berkeliaran. Ia dilakukan selama 6 pusingan bagi setiap minggu. Ketika rawatan ini semua sel badan akan dibunuh dan pesakit serta pertahanan tubuh akan lemah.
Kesan Sampingan: Gugur rambut, tidak selera makan, hilang deria rasa, pemarah dan bermacam lagi.

2. RADIOTERAPI: Penggunaan radiasi di tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar kanser dan mengelakkan dari tumbuh semula di tempat tersebut.

3. RAWATAN TAMBAHAN: Penggunaan Pil untuk mengelakkan kemungkinan wujud semula kanser sekiranya kanser pesakit ialah ER positif. Maksudnya kanser yang telah dianalisa itu sensitif dan bertindakbalas terhadap hormon Estrogen yang ada didalam badan pesakit dengan kata lain kanser ini menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan BROMALAIN untuk menghalang pembentukkan hormon estorgen yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment